Penerangan Pegawai 42KL kepada Guru-guru.
Logistic Pintar di Sunway City
hari ketiga , keempat dan kelima , kami di beri peneguhan ilmu berkaitan ilmu kaunseling seperti ilmu berkaiatn IQ dan EQ, etika kaunseling, kaunseling kerjaya dan penilaian kaunseling.
Perkongsian berkaitan Emotional Quotion oleh Prof Madya Dr Rolinda binti Yusof (pengarah Pusat GENIUS@Pintar Negara yang merupakan seorang pakar dalam Counseling & Gifted and Talented Education
Gambar ketika sesi perkongsian oleh Prof Dr Datin Ruhani binti Mat Min (Pensyarah UMT) yang berkongsi ilmu berkaitan penilaian kaunselor.
Untuk pengetahuan semua, sebelah Prof Ruhani adalah Prof Madya Dr Akbariah binti Mohd Mahdzir. Prof Akbariah mesra di panggil Dr Ary seorang yang kecil tapi berjiwa besar. Dr Ary merupakan orang yang paling penting dalam membina kapsul digital. Dr Ary dan teamnya membina Kapsul digital berdasarkan teori kerjaya yang bersesuain dengan keperluan kerjaya di masa kini dan sesuai dengan jiwa remaja dan anak muda. Kapsul digital ini pasti dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan panduan pemilihan kerjaya digital berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing. Jangan lupa, layari dan manfaatkan kapsul digital di sini.
Seterusnya, kami juga berpeluang menimba ilmu dengan orang hebat dalam bidang kaunseling iaitu Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil bin Che Din (Pensyarah UPNM). Prof juga merupakan individu yang telah lama berkecimpung dalam bidang kaunseling dan kini menjadi pakar rujuk yang disegani dalam bidang kaunseling. Kali ini, prof berkongsi ilmu berkaitan Etika Amalan Kaunseling Kerjaya.
Ilmu pengukuhan ini tidak lengkap jika tidak di berikan latihan praktikel. Kami juga diberi ilmu pengukuhan secara praktikal berkaitan proses kaunseling kerjaya oleh pensyarah hebat Dr Norhayati binti Mohd Noor (Pensyarah UKM).
Sesungguhnya, kursus ini sangat bermakna dan bermanfaat. Disamping mendapat pendedahan berkaitan kerjaya digital, kaunselor-kaunselor juga di beri pengukuhan berkaitan ilmu kaunseling. Kombinasi ilmu yang diberikan lengkap dan sempurna.
Setiap tahun, pihak MDEC akan membuka peluang kepada semua guru kaunseling di Malaysia untuk mengikuti kursus ini. Bagi guru-guru kaunseling yang berminat, pihak MDEC akan sentiasa membuat pengumuman dari masa kesemasa. Guru-guru yang ingin mengikuti kursus ini di masa akan datang, tuan puan tidak perlu risau tentang kemahiran literasi komputer masing-masing. Kursus ini hanyalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan pendedahan sebanyak mungkin kepada rakyat Malaysia tentang bidang Kerjaya Digital. Tuan puan tidak perlu terlalu mahir dalam bidang digital. Cuma, ada tugasan yang perlu tuan puan laksanakan balik dari kursus ini.
Terakhir sekali, cikgu kongsikan gambar-gambar program yang ckg adakan disekolah cikgu sebagai usaha memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di MRSMPasir Salak kepada kerjaya digital. Program ini diadakan dengan kerjasama Future Lab. Future lab adalah syarikat yang menyediakan platform untuk membantu pelajar melalui proses mentorship berkaitan kerjaya digital dan perkembangan kerjaya secara percuma.
Pada 12 November 2022 yang lalu Future Lab telah turun ke MRSMPasir Salak dan membawa 3 orang mentor yang telah berjaya dalam bidang Animasi, Artificial Intelligent dan App Development.
Bahagian App Development
Artificial Intelligent
Animasi
Animasi
Peserta Artificial Intelligent
Future Lab @ MRSMPasir Salak 2022
Peserta Kapsul Digital Komik Kerjaya Digital Teknologi
Sekian sedikit perkongsian ilmu dari cikgu. Sebarang persoalan boleh diajukan diruangan komen.
Terima kasih. |
0 comments:
Post a Comment