Friday, December 16, 2022

KERJAYA DIGITAL DI MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam muhibah, 

Hi, Hello, Bonjour, Dia dhuit, Guten tag, ZdraveΔ­te, Nǐn hǎo, Goede dag, Kalimera, NamastΔ“, GΓ³Γ°an dag, Selamat siang, Salve, Konnichiwa, Suostei, Anyoung haseyo, CzeΕ›Δ‡, DzieΕ„ dobry!, OlΓ‘, BunΔƒ ziua, Zdravstvuyte, Hola, Habari, God dag, Ia ora na, Merhaba, Xin chΓ o, Shwmae , Ngiyakwemukela πŸ˜„

Hi everyone, maaf sangat sebab dah terlalu lama tidak update  berkaitan isu kerjaya di sini. Walaubagaimanapun, cikgu akan sentiasa cuba untuk kemaskini dengan lebih kerap. Kali ni cikgu akan kongsi pengalaman cikgu mengikuti kursus bersama  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Kursus selama lima hari 4 malam ini sangat bermakna untuk cikgu kerana terlalu banyak ilmu yang cikgu dapat berkaitan ilmu kaunseling, ilmu kaunseling kerjaya dan ilmu kerjaya digital. 

Kursus ini diadakan di IBIS Hotel Kuala Lumpur bermula 17-21 oktober 2022. Pada hari pertama, kami di beri penerangan berkaitan kandungan kursus sepanjang 5 hari dan pertandingan Komik Kapsul Digital MDEC yang  diadakan sepanjang November 2022 dan tarikh tutup pertandingan adalah 7 Disember 2022. Selain itu, pada sebelah malam, kami didedahkan dengan Kepentingan Penggunaan Kapsul Digital. Apa itu kapsul digital?

Kapsul digital merupakan satu platform yang disediakan oleh MDEC untuk membantu pelajar terutamanya pelajar tingkatan 4 & 5 untuk meneroka kerjaya di bidang digital. Amnya, kapsul digital ini merupakan laluan atau pintu masuk  untuk merancang kerjaya atau masa depan dalam bidang kerjaya  digital. Dalam kapsul digital ini, terdapat beberapa modul yang perlu diselesaikan oleh pengguna . Modul yang disediakan semuanya berbentuk video dan komik yang menarik. Di dalam kapsul digital ini juga terdapat ujian kecenderungan kerjaya digital untuk pelajar yang ingin mengetahui kecenderungan kerjaya masing-masing. Disamping keputusan ujian kecenderungan ini, pelajar juga akan diberikan saranan bidang pengajian dan universiti / institusi pendidikan yang menyediakan tempat untuk bidang yang berkaitan. 

Universiti yang disenaraikan dalam kuputusan ujian kecenderungan itu hanyalah universiti yang mempunyai kerjasama dengan pihak MDEC. Seandainya pelajar ingin mengetahui tempat di universiti selain yang disenaraikan, pelajar boleh merujuk di laman sesawang mana-mana universiti yang diminati berdasarkan bidang yang dicadangkan dalam kapsul digital. Untuk menjawab ujian kecenderungan ini, pelajar boleh lawati kapsul digital di sini


Pihak MDEC juga menyediakan tutorial lengkap  penggunaan kapsul digital di sini.



Pada hari kedua, ckg dan rakan-rakan di bawa ke Asia Pasific Universiti (APU) dan Sunway City. Di APU, kami diberi taklimat berkenaan kursus dan program pengajian yang disediakan di APU. Selain itu, kami juga di bawa melawat ke sekitar APU untuk melihat fasiliti dan aktiviti yang disediakan. Fasiliti yang kami lawati merupakan fasiliti yang berkaitan dengan bidang kerjaya digital. APU juga merupakan IPT yang mempunyai kerjasama dengan MDEC. Universiti lain yang mempunyai kerjasama dengan MDEC ialah Mulimedia Universiti (MMU), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaya (UM) dan banyak lagi. Di bwh ni adalah video dan gambar-gambar kenangan selama sehari sesi lawatan kami.

Selepas itu, kami  di bawa melawat ke sekitar Sunway City dimana terletaknya pertanian pintar, sekolah pintar (42KL) dan logistic pintar yang telah dilaksanakan. 

Suasana pertanian Pintar di Sunway City

 






 
 


Pertanian pintar yang diwujudkan di Sunway City ini sepenuhnya menggunakan teknologi Artificial  Intelligent (AI) untuk membantu menguruskan tanaman dan menggunakan tenaga manusia yang sangat minimum. Teknologi AI digunakan sepenuhnya untuk menguruskan suhu ladang, umur tanaman, dan kecukupan nutrien untuk tanaman. Tanaman yang cukup matang akan di tuai dan dijual terus kepada pengguna. 

Berikut merupakan gambar-gamabr di sekitar APU dan sekolah pintar yang mengajar coding sahaja kepada semua pelajarnya. Sekolah pintar ini juag masih dibawah selian Sunway City dan dipanggil   42KL. 



Semua peserta kursus bersama MDEC



Suasana sekolah pintar 42KL


Barisan Penaja 42KL


Guru-guru Bersoal Jawab Dengan Pelajar-Pelajar 42KL


Sebahagian Pelajar 42KL


Sesi Penerangan Bidang Pengajian di APU


Bidang-Bidang Pengajian berkaitan  Kerjaya Digital di APU




Makmal Digital  di APU


Guru-Guru Mencuba Virtual Realiti











Makmal Forensic


Trading Centre di APU



Logistic Pintar




Bergambar Kenangan di Sekitar APU



Penerangan Pegawai 42KL kepada Guru-guru.


Logistic Pintar di Sunway City


hari ketiga ,  keempat dan kelima , kami di beri peneguhan ilmu berkaitan ilmu kaunseling seperti ilmu berkaiatn IQ dan EQ, etika kaunseling, kaunseling kerjaya dan penilaian kaunseling. 

Perkongsian berkaitan Emotional Quotion oleh Prof Madya Dr Rolinda binti Yusof (pengarah Pusat GENIUS@Pintar Negara yang merupakan seorang pakar dalam Counseling & Gifted  and Talented Education




Gambar ketika sesi perkongsian oleh Prof Dr Datin Ruhani binti Mat Min (Pensyarah UMT) yang berkongsi ilmu berkaitan penilaian kaunselor. 






Untuk pengetahuan semua, sebelah Prof Ruhani adalah Prof Madya Dr Akbariah binti Mohd Mahdzir. Prof Akbariah mesra di panggil Dr Ary seorang yang kecil tapi berjiwa besar. Dr Ary merupakan orang yang paling penting dalam membina kapsul digital. Dr Ary dan  teamnya membina Kapsul digital berdasarkan teori kerjaya yang bersesuain dengan keperluan kerjaya di masa kini dan sesuai dengan jiwa remaja dan anak muda. Kapsul digital ini pasti dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan panduan pemilihan kerjaya digital berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing. Jangan lupa, layari dan manfaatkan kapsul digital di sini. 


Seterusnya, kami juga berpeluang menimba ilmu dengan orang hebat dalam bidang kaunseling iaitu  Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil bin Che Din (Pensyarah UPNM). Prof juga merupakan individu yang telah lama berkecimpung dalam bidang kaunseling dan kini menjadi pakar rujuk yang disegani dalam bidang kaunseling. Kali ini, prof berkongsi ilmu berkaitan Etika Amalan Kaunseling Kerjaya. 


Ilmu pengukuhan ini tidak lengkap jika tidak di berikan latihan praktikel. Kami juga diberi ilmu pengukuhan secara praktikal berkaitan proses kaunseling kerjaya oleh pensyarah hebat Dr Norhayati binti Mohd Noor (Pensyarah UKM). 






Sesungguhnya, kursus ini sangat bermakna dan bermanfaat. Disamping mendapat pendedahan berkaitan kerjaya digital, kaunselor-kaunselor juga di beri pengukuhan berkaitan ilmu kaunseling. Kombinasi ilmu yang diberikan lengkap dan sempurna.  

Setiap tahun, pihak MDEC akan membuka peluang kepada semua guru kaunseling di Malaysia untuk mengikuti kursus ini. Bagi guru-guru kaunseling yang berminat, pihak MDEC akan sentiasa membuat pengumuman dari masa kesemasa. Guru-guru yang ingin mengikuti kursus ini di masa akan datang, tuan puan tidak perlu risau tentang kemahiran literasi komputer masing-masing. Kursus ini hanyalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan pendedahan sebanyak mungkin kepada rakyat Malaysia tentang bidang Kerjaya Digital. Tuan puan tidak perlu terlalu mahir dalam bidang digital. Cuma, ada tugasan yang perlu tuan puan laksanakan balik dari kursus ini. 

Terakhir sekali, cikgu kongsikan gambar-gambar program yang ckg adakan disekolah cikgu sebagai usaha memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di MRSMPasir Salak kepada kerjaya digital. Program ini diadakan dengan kerjasama Future Lab. Future lab adalah syarikat yang menyediakan platform untuk membantu pelajar melalui proses mentorship berkaitan kerjaya digital dan perkembangan kerjaya secara percuma. 

Pada 12 November 2022 yang lalu Future Lab telah turun ke MRSMPasir Salak dan membawa 3 orang mentor yang telah berjaya dalam bidang Animasi, Artificial Intelligent dan App Development. 


Bahagian App Development


Artificial Intelligent


Animasi


Animasi


Peserta Artificial Intelligent


Future Lab @ MRSMPasir Salak 2022



Peserta  Kapsul Digital Komik Kerjaya Digital Teknologi



Sekian sedikit perkongsian ilmu dari cikgu. Sebarang persoalan boleh diajukan diruangan komen.

 Terima kasih. 

Wednesday, December 22, 2021

BANJIR DIS 2021 : JOM BANTU KAWAN

Assalamulaikum,

Dah lama blog ni sunyi, ckg baru jumpa apps yg boleh bantu ckg update blog ni dimana-mana hanya gunakan telefon. Alhamdulillah.

Bila guna laptop, ckg sibuk dengan aktiviti pengurusan upbk, jadi selalunya terlupa dengan blog unit ckg ni. So, InsyaaAllah lepas ni ckg boleh update dimana-mana dan bila- bila masa.

Cikgu pasti, semua pelajar sedang sibuk menghabiskan masa cuti masing-masing dengan aktiviti kegemaran masing-masing. Tapi, ada juga kawan-kawan kita yang diuji dengan musibah banjir terutama yang tinggal di kawasan lembah klang. 

Ada diantara pelajar-pelajar yang menyertai NGO seperti MC+ dan sebagainya, turun padang membantu mengagihkan barang bantuan atau membantu membersihkan kawasan kediaman mangsa. Syabas ckg ucapkan, teruskan usaha anda dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini. 

Jika pelajar-pelajar tidak dapat menyertai mana-mana team sukarelawan, jangan bersedih kerana masih boleh menyumbang dari sudut lain seperti sumbangan kewangan atau sokongan emosi kepada kawan-kawan yg terkesan.

Sebagai rakan sekelas, rakan sebilik dan rakan semaktab, sokongan emosi yang bagaimana yang boleh dilakukan ye? Jom ckg bg sedikit langkah atau tips utk pelajar-pelajar bantu kawan-kawan dari sudut emosi. 

Perkara pertama, bertanya khabar tentang keadaan kawan-kawan. Ucapkan kata-kata semangat dan beritahu mereka bahawa rakan-rakan yg lain pun sentiasa tertunggu-tunggu update tentang dirinya ketika itu. Tidak perlu mendesak rakan anda untuk segera menjawab mesej anda, berikan dia keselesaan untuk dia menjawab pada bila-bila masa mnegikut kelapangannya. 

Yang penting dimasa senggang, rakan anda pasti akan membalas mesej anda. Masa senggang perlu diisi dengan perkara yang baik lebih-lebih lagi rakan anda sedang bersedih. Ini bagi mengelakkan berlakunya stress, depression atau anxiety yang berlebihan dan memudaratkan.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan ialah amalan zikir-zikir yg boleh diamalkan, bahan bacaan yg bersesuaian secara atas talian, movie bersesuaian secara atas talian atau bantu rakan-rakan yg mengalami kerosakan buku-buku sekolah dengan bantu proses menyiapkan kerja sekolah. Boleh juga selitkan unsur-unsur lelucon yang bersesuaian dalam perbualan anda. Ckg pasti, rakan-rakan awak sgt menghargai usaha kecil anda. 

Untuk bantuan dari segi kewangan, maktab ada menyediakan Tabung Dana Kasih (TABAH) untuk pelajar-pelajar menyalurkan sumbangan. Akaun ini dibuka sepanjang tahun dan ditubuhkan khas untuk membantu seluruh warga MRSM Pasir Salak (pelajar, keluarga pelajar, guru dan staf) yang mengalami musibah. Tabung ini ditubuhkan semenjak pendemik Covid-19 melanda negara kita.

Semoga semua keluarga rakan-rakan pelajar tabah menghadapi ujian ini. Teruskan membantu dan menyumbang mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing kerana musibah dan bencana tiba tidak mengira waktu. 

- Ckg Azizah- 









Tuesday, February 2, 2021

BINGKISAN KAUNSELOR : TAHUKAH ANDA??

 

Assalam semua anak-anak MRSM Pasir Salak. 

Kali ni cikgu nak kongsikan situasi Covid 19 dan Kesihatan Mental. 


Semoga bermanafaat

Friday, January 29, 2021

PERHIMPUNAN RASMI MRSM PASIR SALAK 2021 SECARA MAYA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 PERHIMPUNAN RASMI MRSM PASIR SALAK akan diadakan secara maya pada 1/2/2021 (Isnin) pada jam 3.00 melalui google meet bagi GURU dan PELAJAR BKP dan secara langsung di youtube UPBK MRSMPS untuk semua pelajar. 

Perhimpunan ini akan dikendalikan oleh BWP dan bertujuan utk memastikan semua pelajar dan guru mendapat maklumat dan hala tuju kecemerlangan MRSMPS tahun 2021 selari  dengan keadaan norma baharu. 

Dilampirkan tentatif perhimpunan untuk rujukan bersama:

Tentatif program:
-Kata-kata Aluan
-Lagu Negaraku & MARA
-Bacaan Doa
-Ucapan Wakil BWP
-Ucapan Timbalan-timbalan Pengetua
-Ucapan & Amanat Pengetua
-Ucapan/Pengumuman Guru(jika ada)
-Montaj
-Lagu Maktab

#nuturingforexcellence
#kitajagakita
#wecareweshare
#staysafe



 

TELE KAUNSELING SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


 

Khidmat TeleKAUNSELING MRSM Pasir Salak


Assalam dan selamat sejahtera semua pelajar MRSM Pasir Salak. Semoga anda semua sentiasa sihat dan bersemangat 😊😊. 

Kami di Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) MRSM Pasir Salak sangat berhajat bertanya kabar anda semua secara personal, tetapi kami tiada no peranti anda semua. Bolehla isi borang di url yg kami sediakan πŸ‘‡πŸ»

πŸ“ƒhttps://tinyurl.com/e-upk1

Semoga kami boleh bantu anda semua

✅ Ada penyelesaian masalahπŸ‘πŸ»
✅ Kawan chit chat😁
✅ Persoalan kerjaya terjawab ⁉️
✅ Tahu kaedah belajar yg sesuai πŸ—‚

Macam2 lagi...hihi

Jgn lupa isi borang ye πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

πŸ“ƒhttps://tinyurl.com/e-upk1

#kitajagakita
#wecareweshare
#staysafe
#jgnlupapakaimask
#dudukrumah
#pdpr


πŸ’™

BINGKISAN KAUNSELOR : JOM JADI BAIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga anak-anak pelajar MRSM Pasir Salak sentiasa dalam lindunganNya dan sentiasa dalam rahmatNya. 


 

BICARA KAUNSELOR :

IG peersmrsmps

TAKWIM MRSM Pasir Salak